grow stronger;


HOME LINKIES FACEBOOK TWITTER ASK.FM FOLLOW


Thursday, March 19 - 0 COMMENTS

PIDATO PIALA DIRAJA

11 MAC 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum rasa diungkap kata, sebelum jari mula berlari, ingin aku panjatkan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana hanya Allah satu Tuhanku yang mampu menggerak-gerakkan bibir dan lidahku tatkala Dia meredhakan aku untuk berdiri di sebuah pentas ilmu. Alhamdulillah, kerana Allah, aku mulanya mampu menyusun setiap kata dan baris ayat menjadi sebuah teks pidato untuk diperjuangkan di pentas ini. Kemudiannya, aku korbankan waktu yang ada dengan duduk diam diam dalam bilik hafal teks selama dua hari. Bila pergi sekolah, pagi-pagi kena masuk bilik disiplin. Berlatih, berlatih, berlatih dan akhirnya letih. Walaupun nampaknya aku seperti pesalah juvana yang selalu buat masalah disiplin sebab hari hari kena berlatih dalam bilik disiplin, tapi aku senyum je orang yang tak tahu nak cakap apa hahaha.

Penat. Namun, syukurlah Allah hadiahkan aku seorang ibu yang masih berdaya untuk gosok baju sekolah anak yang dah berumur 16 tahun ++ ni haaaa. Jadi taklah aku penat sangat. Terima kasih ibu, kakak saaaaayang ibu.

Ibu. Dialah insan yang sentiasa bertungkus lumus memudahkan setiap kerja aku sejak dulu lagi. Daripada sekolah rendah sampailah sekarang, bila aku balik sekolah dan cakap “Ibu, kakak masuk bercerita”, “Ibu cikgu cakap kakak masuk pidato”, ibulah yang paling suka, ibulah yang selalu “Kakak dah hafal?”, “Kakak sini ibu check”.

Ketiga, terima kasih cikgu. Setelah berusaha melatih saya sejak tahun lepas, ini hadiah buat cikgu. Terima kasih sentiasa beri tunjuk ajar serta nasihat sehingga ke pentas Pidato Piala Diraja.

Seterusnya, buat kawan-kawan yang tak putus putus support dari hari pertama berlatih sampailah hari bertanding. Terima kasih atas doa kamu semua. Terima kasih kepada yang selalu ambilkan kerja sekolah sepanjang aku tak masuk kelas. Terima kasih kepada yang sudi pinjamkan buku untuk aku salin nota. Terima kasih kerana masih layan aku seperti seorang kawan baik walaupun kita hanya jumpa lebih kurang satu jam selama seminggu lebih. Sejujurnya, aku tak mampu senyum bila practice pidato sebelum dapat berbual dengan engkorang semua. Kenapa? Entahlah. Cuma yang aku tahu masatu, semangat aku hilang, mood aku terbang melayang.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan buat yang tak henti-henti menyokong, Ayah, Nabila, Mama, Atuk, Along, kawan-kawan & Hannan. Tanpa mereka semua, jangan kata Johan, Naib Johan dan tempat ketiga pun mungkin tak dapat. Akhir kata, doakan saya untuk national level Pidato Piala                               Diraja pada 26 Mac.                                                                                               
 Assalamualaikum.





Post a Comment

owner
archive
cbox
credit