grow stronger;


HOME LINKIES FACEBOOK TWITTER ASK.FM FOLLOW


Saturday, December 6 - 0 COMMENTS

Dulu, mungkin aku pernah bercerita betapa aku bersyukur memiliki hati seorang lelaki. Mungkin aku pernah bangga dengan ujian dunia umpama dia.

Tapi, hari ini aku jatuh tersungkur kerana seorang lelaki. Dunia aku rasakan gelap, gelap tak bercahaya. Dada aku rasakan sempit, sempit untuk bernafas. Akal seperti ingin berhenti, berhenti dari berfikir tentang indahnya kehidupan sebagai seorang perempuan. Hati? Usah dikata, sakit untuk menerima semuanya.

Lama aku berfikir, lama aku bersendirian, lama aku merenung. Lama aku menangis.

Aku tahu, aku bukan perempuan yang lemah. Jadi, aku biarkan sisa air mata pergi. Aku lepaskan rasa duka yang menghambat jiwa. Syukurlah Allah Yang Maha Mengasihani kirimkan aku seorang hamba untuk aku bangun dan buka mata melihat dunia.

“..dalam hidup ni, tak boleh putus asa. Sebab jalan hidup kita semua indah. Allah lukis cantik je..”

Dengan sedikit kekuatan yang berbaki, aku cuba bangun. Aku pegang kata kata dia. Dan, akhirnya aku nampak. Untuk perempuan seusia aku, dunia luar jauh lebih indah dari seorang lelaki. Ya, aku perlu kenal lebih ramai manusia supaya senang untuk aku nilai mana yang baik dan mana yang buruk. Aku perlu tahu selautan ilmu yang terbentang luas di depan mata. Aku perlu gapai impian. Aku perlu kotakan hasrat ibu dan ayah.

Kini bukan masanya untuk aku kenal hati lelaki, tapi aku perlu jaga hati ummi dan abi. Betapa ibu dan ayah ingin melihat aku berjaya duniawi dan ukhrawi, sedangkan aku terlupa akan hasrat mereka.

Terima kasih Ya Rabbi kerana Engkau utuskan seorang sahabat untuk aku bangun dari rasa sakit. Terima kasih Nur Syamimi binti Karim.



p/s : Maaf Mimi, aku bukan cuba berpuisi, tapi untuk kali ini, hanya dengan cara ini aku dapat luahkan apa yang aku rasa





Post a Comment

owner
archive
cbox
credit