grow stronger;


HOME LINKIES FACEBOOK TWITTER ASK.FM FOLLOW


Friday, November 29 - 0 COMMENTS


Haii Haii Assalamualaikum kawan kawan blogger dan yang bukan blogger tu.Blogwalking ea? Syukran yee. Actually,aku rindu 3 KAA sangat sangat.So harini aku nak cerita pasal 3 KAA lah.Suka? Nak tahu? Teruskan scroll ke bawah,tak suka,apa susah,close je.Saya tak maraaahh~Hahah.Saya bukan copycat.Tak copy dari mana mana.Semua original.And you copycat ! Copy is not allow here.Allah is watching you !

3 KAA.We have 35 celebrities.11 handsome actor,Epie Apiz Fizam Rasyid Ikhmal Hafiz Anas Fariz Rithaudin Dzil and 24 gorgeous actress,Icek Fisah Zatul Anis Nana Hajar Mimi Alia Mai Mun Nasha 'Aisyah Ain Fara Nora Wan Shazreen Qila Zira Fatin Ana and Angah.Turut dibantu oleh Taufik Ishak dan Solehah Suhairi.Weee !

When some of our teacher were absent,boys love to talk about football.Chelsea MU Bayern JDT Kelantan FC and so on.Hahah.Girls,pusing kerusi *weh,psttt..psttt...* Biasalah gossiping.Then bila cikgu yang garang macam singa sikit lalu or Cikgu Zainal semua pegang buku,konon konon tengah baca la.Lepastu,sambung balik mainkan peranan masing masing *buat bising* Hahah.Tapi ada juga yang pendiam,like ‘Aisyah,Ain,Angah,Fara,Nora and Ana.Sedang kelas bising,mereka lah yang paling fokus buat revision.Tak selalu lah kami macam ni.

Kelas Bahasa Melayu bersama Puan.Nafsiah.Buku teks,novel,buku karangan,buku ringkasan,buku tatabahasa,fail ! Fuhh ! Banyak nak kena bawa.Hahah.Bila cikgu suruh bersyair,bersajak atau apa apa,semua tunduk.Pemalu mungkin? Atau suara masing masing terlalu eksklusif?  Biasanya kelas dekat Bilik Sejarah dan bilik tersebut berada di TINGKAT EMPAT.Alhamdulillah.Boleh exercise ! Tak perlu turun padang.Hahah.

English class with Teacher Aduni.Poem je lah rasanya kena bawa.Textbook,dari awal tahun sampai dah habis PMR exam,memang kami simpan dekat rumah.Tak pakai langsung.Materials semua pada teacher.Alhamdulillah ! Ringan la sikit beg.

Allughotul’arabiah ma’a ustazah Hubsah.Bila Arab je “Weh,lambat lambat sikit”.Bila dah sampai Bilik Arab then ustazah tak ada “Weh,tak payah cari ustazah”.Bila dah masuk Bilik Arab,panggil kawan “Weh,jam dah pukul berapa?” Senang cerita,every second ada je yang tak kena.Hanya kami yang tahu kenapa hati kami gelisah bila tibanya kelas Bahasa Arab.Hahahah.Tapi kami suka belajar,cuma takut sikit.Hehe.Anw,tak semua student ambil subjek ni.

Kelas Geografi Cikgu Anuar.Selalunya,kami belum masuk kelas dia dah ada dalam kelas dulu.Macam mana? Semangat tak? Hahah.Punctual gile lah cikgu ni.”KEMBUDI3P and so on” Amboiii~Banyak benoo akronim tuu.Cikgu kata, senang nak ingat fakta.Praktikkan lah selalu.InsyaAllah senang jawab exam.Rasanya kelas kami paling bising bila masa Cikgu Anuar.Hahah.

Sejarah dengan Puan.Salmah.Buku Teks,buku nota,modul.Jangan kau tinggal dekat rumah sudah.Aaa mampus.Baik kau cepat cepat pinjam buku teks budak kelas lain.Awal awal tahun cikgu dah warning.Kalau berani buat la.Paling tak pun suara petir cikgu keluar tanpa had.Hahahaha.Habis satu bab,terus kena buat nota.Well,nak PMR katanya.Kenalah laju sikit ! 

Kelas Agama & KKQ Ustaz Asri.”Asri mana? Asri muda” Ceh muda konon.Hahah.Actually,Asri bin Muda.Masuk lambat,ustaz dah standby tazkirah dan rotan.Habis kau ! Bila time agama, “Weh,highlight,hightlight”.Then,bila ustaz suruh baca *bisik dekat kawah* “Weh,sampai mana tadi?” Oooo~Tahu menggelabah.Hahahah.Tak masukkan modul nota dalam fail? Siap sedia dirotan ! HAHAHA ! Yes ! Aku pernah kena and I was like “Thanks ustaz,sakit sangat !” Hahah.Sometimes,letak kepala atas meja pun kena sindir dengan ustaz.Bila waktu KKQ pula,ustaz suruh tarannum;boys,boleh la.Girls,dah start dah dia bagi excuse yang munasabah sangat tu sampai ustaz tak boleh nak cakap apa apa.Ustaz mengajar dekat depan,kami *chit chat,chit chat* Hahah.

Kelas Seni & Sivik.Memang jarang masuk lah.Jadual padat katanya.Ececece.Bila ujian Sivik,fikir logik je lah jawab,tapi malangnya jawapan logik kami tak diterima.Hahahah.Siapa dapat A Sivik? 1,2,3.Lalalala~Cis ! 10 orang pun tak sampai ! Tapi kami masih ada Sivik taw ! Ujian Seni.Pilih soalan,lukis entah apa.Ayam jadi harimau.Aumm ! Amazing right? Bhahaha.Ceh ! Gurau je.Tapi,ada la yang talented sikit bab bab lukis ni,boleh la,lawa la.A- dapat la,A+ tu payah sikit.Hahaha.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan with Puan.Suhana.Bila PJ,kau jangan tak pakai baju sukan.Bila belajar dekat kelas “Siapa tak bawa buku,sila berdiri” *tadah tangan* Awas ! Rotan di hadapan*  Siap kau ! Hahaha.Selalunya tak baca pun buku PJ.Ada ujian,kami jawab je lah dengan rasa tak bersalah.

Kelas KH Cikgu Azman & Cikgu Fadir.Izzatul belajar dengan Cikgu Azman.So tak tahu lah apa yang jadi dekat kelas Cikgu Fadir.Bila masuk bengkel je,mesti ada yang ‘double’kan kerusi.Ekeke.Eh kerusi ke? Bangku kott.Entah la.Then,bila kiteorang ketawa tiba tiba tu ada la something yang tak kena dengan cikgu.Hahaha.Cikgu Azman kata “Siapa yang dapat 5A termasuk KH saya bagi RM50” Weeeee~Alright cikgu !

Kelas Math with Cikgu Ruziana.Selalu sangat kami confuse tak tahu nak belajar dekat mana.Sekejap dekat kelas,sekejap dekat Bilik Math.Sekejap dekat sana,sekejap dekat sini.Eh,dekat sana.Eh sini balik.Hahah.Paling pro math Shazreen lah.Nak ikutkan dia paling genius.Tapi dalam banyak banyak subjek,Math lah agaknya dia paling pro. Apa aku cakap ni? -,-’ Hahah.Bila cikgu marah,we were like “Cikgu ni marah ke gurau?” *tahan ketawa* Hihihi.Muka cikgu macam serius,tapi dia cakap macam bergurau.Masing masing confuse.

Hakikatnya,kami pelajar 3 KAA,SMK Air Tawar tahun 2013 hanya masuk kelas awal dan tak tinggal walau sebuah buku bila tibanya subjek Sains bersama Puan.Mas Zairah.Hahahah.Seram kami nak tinggal buku dan masuk lambat.Takut kena ketuk ketampi.

Cikgu stress,kami pun stress.Hahaha.As we go on,we remember all the time we had together.And as our lives change,come whatever we still be friends forever.



Sekian.Akhir kata,semoga kami terus cemerlang .Terima kasih cikgu ! PMR 2013.







Post a Comment

owner
archive
cbox
credit